"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

100 seniman pertahan sajak pro-BERSIH

Lebih seratus seniman pelbagai bidang hari ini tampil mengkritik tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat bawah akta polis dan akta hasutan kerana membaca sebuah sajak pro-BERSIH.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

NONE"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. 

"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.

Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.

Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.

Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.

NONEDalam kenyataan hari ini, kumpulan itu menjangkakan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" akan terus dikenakan terhadap "pencipta budaya" yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi .

Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini. 

Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:

  • Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
  • Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
  • Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.

"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.

-malaysiakini-

1 ulasan:

noname berkata...

Ada org PAS kata kenapa kita nak tolak Ambiga bila dia buat sesuatu yang baik(bersihkan SPR)walaupun kita tahu Ambiga tu pejuang murtad?

Jawapan aku senang jer...

Kau lihat 1 kebaikan Ambiga dan tutup semua keburukkannya TETAPI kau lihat 1 kejahatan UMNO dan tutup semua kebaikkan UMNO.

Kesimpulannya, kamu hanya nak lihat apa yang kamu nak lihat sahaja. kamu sudah tidak boleh berfikir deangan waras walaupun telah ditujukkan dengan nas dan hadis.

Berserahlah.. jangan menyesal jd anjing-anjing neraka kesudahannya.