"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Bersih: Bekas duta AS dakwa Najib perkecil nasihat Agong

Debra Chong
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Bekas duta Amerika Syarikat ke MalaysiaJohn Malott mendakwa pentadbiran Najib telah memperlekehkan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas dengan menggunakan segala kuasa untuk mengetepikan hak mereka termasuk angkatan tentera.

Dalam rencana disiarkan menerusi Wall Street Journal, di bawah judul “Running Scared in Malaysia”, Malott mengecam kerajaan Malaysia dengan berkata pentadbiran Najib menggunakan segala ruang yang ada untuk mengelakkan perhimpunan bangkangan, yang dijadual untuk diadakan esok.

Malott berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperkecilkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang pada 5 Julai lalu telah perkenaan menerima pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dan “meminta agar diadakan penyelesaian menerusi perundingan” umtuk menyelesaikan isu semasa.

Pandangan Malott ini dilihat akan membawa kesan ke atas hubungan Malaysia dan pelaburan di peringkat antarabangsa.

“Minggu ini, anggota tentera telah mengadakan latihan (persediaan) mengawal perhimpunan dengan kain rentang mengatakan ‘bersurai atau kami akan tembak!’.

“Polis (pula) mengadakan sekatan jalan dan menahan rakyat Malaysia hanya kerana memakai kemeja-T, warna Bersih, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya Malaysia,” tulis Malott dalam rencananya kali ini.

Bekas duta itu juga menggariskan keputusan campur tangan Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan meminta kedua-dua Najib dan Bersih 2.0 mengadakan perundingan bagi menyelesaikan isu yang timbul sekarang.

Malott yang menjadi duta Amerika Syarikat ke Malaysia dari 1995 hingga 1998 berkata, tindakan seumpama itu tidak pernah wujud dan diambil oleh mana-mana Agong di negara ini.

Malott berkata situasi politik di Malaysia berubah setiap hari dan kelihatan meruap sehingga “tidak siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok.”

Katanya, isu utama Bersih 2.0 bukanlah kebebasan untuk berhimpun tetapi keadilan proses demokratik Malaysia dan pembaharuan sistem pilihan raya, yang Putrajaya telah mengisytiharkan tidak sah dan mahu tahu bagaimana sesiapa boleh menentang psatu ilihan raya bebas dan adil.

“Ia satu persoalan yang mudah kepada jawapan. Umno, yang Encik Najib adalah presiden, merupakan parti pemerintah yang paling tua di dunia, dan ia semakin bimbang,” katanya.
-M/Insider-

Tiada ulasan: