"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laman facebook Anwar digodam


KUALA LUMPUR: Laman facebook Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digodam kira- kira jam 12.45 tengah malam tadi.
Berikutan itu, muncul tulisan palsu  berkaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 di laman sosial yang dilakukan penggodam dikenali sebagai ‘LuvSec’.
Antara fitnah yang dilemparkan penggodam itu ialah:

“Salam semua, disini saya nak umumkan yang Perhimpunan Bersih akan ditangguh buat sementara waktu, ini kerana saya dan LuvSec dah plan nk pegi makan kenduri….sehubungan   dengan itu, kami plan nk pakai baju melayu warna ungu.. hihihihihi jgn mare~
Proses pemulihan sedang giat dijalankan.
Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan dari penggodam berkenaan dan merujuk Keadilan Daily selaku laman portal berita rasmi KEADILAN.

Tiada ulasan: