"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ambiga tetap mahukan Stadium Merdeka untuk himpunan Bersih


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenavasan berkata, beliau akan sedaya upaya mendapatkan kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 di stadium itu, Sabtu ini.
Beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pihak pengurusan stadium itu yang memberi bayangan untuk menolak permohonan tersebut.
“Tapi sampai sekarang mereka belum memberi apa-apa keputusan muktamad (samada setuju atau tidak), jadi kami akan terus cuba mendapatkan Stadium Merdeka,” katanya seperti dilapor TV Selangor.
Ambiga berkata beliau sendiri keliru mengapa pihak pengurusan stadium tidak memberi kebenaran, sedangkan Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Najib Razak telah memberikan kebenaran kepada penganjuran himpunan aman tersebut.
“Saya pun tak faham sebab Perdana Menteri telah umumkan bahawa kami boleh pergi ke stadium, beliau kata tak ada hal untuk berhimpun dari pagi sampai malam tapi kini sangat susah untuk mendapatkan satu stadium yang kami mahukan (Stadium Merdeka),” katanya.
Ambiga juga memberitahu pihaknya telah menulis surat kepada Najib pada pagi tadi bagi mengadakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.
Namun katanya Najib masih belum memberisebarang reaksi mahupun jawapan dari pihak berkenaan.
Beliau turut menjelaskan  Stadium Merdeka dijadikan sebagai lokasi pilihan kerana, kawasan strategik stadium itu yang memudahkan  orang ramai hadir bagi memberikan sokongan.
“Kami kena mengambil satu tempat yang mudah untuk orang ramai berkumpul jadi sebab itu kami cadangkan stadium merdeka. Kami akan melihat dan menyelesaikan perkara ini.
Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Tiada ulasan: