"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup


11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.
11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".
11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.
1055am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.
NONE
Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.
10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.
10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.
10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.
Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: