Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, pengerusinya Datuk S Ambiga berkata gabungan itu akan mencuba sekali lagi membuat tempahan di Stadium Merseka dan memohon permit polis jika pengurusan perbadanan stadium itu memberikan kelulusannya.
Perkara itu disampaikan oleh Ambiga kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan mereka di ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini.
Hadir bersama pada mesyuarat selama sejam itu adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Sebelum pertemuan itu, Wong, berkata mereka membuat permohonan rasmi kepada pihak polis untuk mengadakan pertemuan tersebut.
Katanya, mereka akan memaklumkan kepada pihak secara polis rasmi mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan Sabtu ini.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan