"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih : Kita Berkumpul Di Tempat Letak Kereta Stadium Merdeka

SHAH ALAM, 8 JULAI: Penganjur Bersih 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang mengugut untuk menangkap sesiapa berpakaian kuning.

Dalam kenyataannya, Bersih menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihanraya bebas dan adil.
 
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal  mencorakkan sejarah negara kita,” kata Bersih.

“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman Bersih, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini….adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina  Malaysia yang lebih bagus,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan Jemaah Menteri.

Malah polis memperolehi perintah mahkamah untuk menyekat penganjur Bersih dan pemimpin pembangkang daripada memasuki kawasan-kawasan tertentu di Kuala Lumpur esok.

-Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: