"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ASP hadapi 4 pertuduhan rasuah

BUTTERWORTH: Seorang Penolong Penguasa Polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini berhubung empat pertuduhan rasuah berjumlah RM4,300.

ASP Chong Kean Heng, 53 , yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak, didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Ogos dan 16 Ogos tahun lepas di Nibong Tebal.

Dia didakwa menerima sogokan itu supaya tindakan tidak diambil terhadap Yaw Kian Yong berhubung penangkapan dua warga Bangladesh.

Bagi pertuduhan pertama, Kean Heng didakwa menerima RM500 di Pusat Akuarium Lee, Jalan Serindit, Nibong Tebal pada 4.30 petang 10 Ogos tahun lepas, dan bagi pertuduhan kedua, didakwa meminta RM2,000 daripada Kian Yong sebagai bayaran bulanan bagi Ogos dan September. 
-Bernama-

Tiada ulasan: