"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GEMPAK ! Dalam kereta Mat Sabu ada...........!

tokpepijat
26 tahun yang lampau, Assyahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya siang malam ditohmah, dihina, dicaci hamun oleh UMNO dalam TV sebagai pengganas, pelampau, penderhaka, pembawa ajaran sesat dan penjenayah.

Masa itu RTM dipegang oleh Rais Yatim. Media lain tiada lagi. TV3 dan media alternatif belum wujud. RTM, Utusan dan Berita Harian bergading tangan meracuni fikiran rakyat.

Bahkan ada di kalangan Mufti dalam mesyuarat Fatwa Kebangsaan melarang gelaran "Allahyarham" kepada Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya.

Begitu hebat UMNO "membusukkan" nama Ibrahim Libya dan rakannya yang ditembak polis atas hasutan jahat UMNO.

Allah Maha Berkuasa. DYMM Sultan Kedah ( kini Timbalan YD Agong) mencemar duli menziarahi makam syuhada dan menjirus air mawar atas pusara As Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.

Mana mungkin seorang Sultan mencemar duli menziarahi seorang "penderhaka, pengganas dan penyebar ajaran sesat" ?

Kini, sejarah berulang lagi setelah 26 tahun berlaku Peristiwa Memali. Kini BERSIH pula mengambil giliran Memali.

Siang malam, 24 jam, berhari-hari, RTM juga kini dipegang oleh Rais Yatim bersama Utusan, NST ditambah TV3 dan sekutunya "menyalak" bahawa BERSIH adalah haram dan membawa huru hara.

Di tambah sepupu PMNajib yang "bela" polis men"fatwa"kan bahawa BERSIH 2.0 adalah haram. Penyokong BERSIH diburu bagaikan Tentera Zionis memburu rakyat Palestin.

Bezanya, rakyat Palestin ada juga senjata, batu dan lastik. Tetapi orang BERSIH hanya ada senjata berbentuk t'shirt kuning sahaja.

Polis begitu ganas dan rakus memburu pemakai t'shirt kuning macam Laskar Firaun memburu Bani Israel.

Tiba-tiba, pimpinan BERSIH dijemput masuk Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agong.

Mana mungkin Agong mahu jumpa pimpinan pertubuhan "HARAM" !

Sekarang, mana Si Hishamudin yang jaga polis mahu letak muka? Pertubuhan yang ditohmahnya sebagai "haram", tiba-tiba dijemput masuk Istana Negara.

Sebab itulah bagi mengelak malu yang melampau, polis yang dijaga oleh sepupu Najib pun " mencipta satu lagi permainan". Jumpa parang, coktail, baju BERSIH dalam pasu.

Nampaknya permainan diteruskan lagi........! Barangkali lepas ini ada 1001 lagi skrip dicipta UMNO dan polis.

Jaga..jaga Mat Sabu, dalam bonet kereta hang ada bahan letupan c4 !

Tiada ulasan: