"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemenangan Pertama PRU-13

Saiful Bahri
Apapun gelombang yang dibawa oleh Bersih 2.0 merupakan kemenangan pertama kearah PRU-13. Kegelabahan pimpinan Umno-BN dalam menangani isuhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJMMsglcalCj6a9WufOhA2gAstiBWdrlwykAQGtHv55756eRmBQaK9ow18Monmzf9bSTvNVC9fWFOY1yv5YIAHJDhNydRTk13DJnPQTU0xrS3HXelyauIwlHc-4DeOk4WL0zEnoEViDhbq/s1600/put.jpg ini memojokkan mereka dipenjuru gelanggang. Tindakan membendung dan menghalang rakyat samada menggunakan institusi polis, mufti, SPR, NGO maupun Raja-raja akan menggambarkan betapa kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno menanggani isu keadilan rakyat. Kegagalan Umno dalam memikul amanah yang sudah sekian lama diserahkan kepada Umno-BN.


Dalam menghadapi perhimpunan Bersih ini, pimpinan Umno khususnya Najib berada di persimpangan. Nak diluluskan dibimbangi kebangkitan tanpa kawalan sehingga berlaku apa yang berlaku ditimur-tengah sehingga tumbangnya kerajaan. Tak diizinkan juga membawa kebangkitan rakyat yang akan diluahkan dalam kotak undi dalam Pru nanti. Contoh sudah berlaku apabila Bersih 1.0 yang berlaku pada tahun 2007 telah menafikan 2/3 kuasa BN dalam parlimen.

Rakyat kini sudah nampak ketidak-yakinan mereka untuk diserahkan sekali lagi kuasa memerintah pada pilihanraya akan datang. Kuasa undi orang bukan melayu nampaknya masih lagi bersama PR. Halangan serta tindakan melampaui batas pihak polis akan mengukuhkan lagi sokongan bukan melayu kepada PR. Bagi orang melayu khususnya anak-muda mula bangkit apabila gelombang Bersih ini mula merebak dan diberi promosi percuma oleh media Umno dan pimpinan Umno sendiri.

Bagi pimpinan PR sentiasa memikir dan merancang untuk menjana kebangkitan dan membina gelombang untuk menggerakkan mood orang ramai untuk bangkit bersama PR. Apatah lagi untuk membangkitkan semangat ahli sendiri khususnya orang muda dalam menggerakkan kerja-kerja pilihanraya. Kalau Pas mereka menggerakkan agenda PGU (Pas Ganti Umno) sememangnya untuk menghimpunkan sokongan sebanyak mungkin bagi menjatuhkan Umno-BN. Public Opinion perlu dibentuk agar rakyat semuanya bangkit meletakkan keyakinan kepada PR untuk memerintah dan menawan Putrajaya.

Nampaknya misi itu semakin hampir tercapai. Terimakasihlah Umno-BN. Diharapkan mereka lebih kuat menekan rakyat. Mereka terus menipu dan membohongi rakyat. Rasuah semakin berleluasa. Selagi tuntutan Bersih tidak ditunaikan… selagi itu langkah ke Putrajaya semakin hampir. Ingatlah bahawa gelombang bersih tidak akan terhenti pada 9 Julai ini tetapi sentiasa bergelora menunggu tarikh keramat yang terpaksa diumumkan oleh PM nanti. Tarikh Pru 13. Angka kejatuhan buat Umno-BN

Tiada ulasan: