"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah lawat Terengganu guna jet kerajaan?

Abdullah NgahMemang betul Rosmah Mansur Isteri Perdana Menteri Malaysia ke 6 pakai JET kerajaan ketika melawat Terengganu dua tiga hari lepas.

Ramai yang bercakap pasal Rosmah pakai hak kerajaan Malaysia sedangkan dia bukan ada apa apa jawatan khusus dalam kerajaan. Dia hanya Isteri perdana menteri.

Datuk Seri Nazri Aziz pernah jawab soalan bahawa tak salah Isteri perdana menteri pakai kenderaan yang diperuntukan kepada suaminya.

Betul ke tak salah. Ini perlu dibuat kajian dengan teliti, kerana soal penyebaran video seks membabitkan ketua pembangkang tak salah kerana tiada akta yang diberitahu itu bercanggah,pada hal memang ada akta diperuntukan.

Rakyat tak tahu apakah benar isteri perdana menteri boleh mengguakan Jet kerajaan ketika melawat Terengganu.

Tidak lama dulu Rosmah pernah menggunakan Jet kerajaan keluar Negara menghadiri fista fesysen Islam yang pernah kecuh, kerana Jet itu khusus untuk kegunaan perdana menteri .

Betul ke begitu? Pihak kerajaan wajar memberi penjelasannya agar ia tak jadi keliru. Kalau memang ada diperuntukan demikian jelaskanlah, kerana membabit maruah seorang perdana menteri yang dituduh salahgunakuasa yang membabit wang Negara.
 

Tiada ulasan: