Batu vs Kayu
Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat.
Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.
Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.
Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.
Terus terang dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca kenyataan beliau didalam satu akhbar[gambar] konun beliau tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.
Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan menyerang Haji Hadi atau Pas.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.
Sebagai seorang yang berilmu adakah dia lupa tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua yang bergama islam kena tau apakah perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.
Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).
Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.
Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.
Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.
Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.
Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular
Tiada ulasan:
Catat Ulasan