Barisan anggota pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti.
Salah seorang anggota Exco, Iskandar Abdul Samad berkata beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya.
“Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka.
"Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, seorang lagi Exco kanan Datuk Teng Chang Khim pula enggan mengulas apabila diminta menyatakan pendapat berhubung keputusan MPP hari ini.
"Minta maaf, saya tiada komen," kata ADUN yang dilihat dekat dengan menteri besar itu.
Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo menyifatkan pemecatan itu sebagai "satu langkah menuju arah yang tepat".
"Khalid diberikan setiap peluang untuk mempertahankan dirinya. Terdapat proses pengadilan yang terbuka.
"PKR mempunyai segala hak untuk mendisiplinkan anggotanya. Saya rasa kes ini, berdasarkan keadaannya, layak dihukum dengan pemecatan," kata MP Puchong itu.
1 ulasan:
TAHNIAH PKR , berani menghadapi cabaran masadepan politik yang rencam ini . Sesiapa yang mengambil kesempatan dikedudukkan di mana-mana bahagian dengan mengguna untuk menyelesaikan masaalah peribadi , patut diambil tindakkan . Selepas ini buat road-show , beri kefahaman kepada rakyat serta rapatkan saf menuju PUTRAJAYA . Sekarang sudah makin jelas .... kami tetap akan bersama PR , menunggu saat mengganti UNOBN .
Catat Ulasan