Tranungkite
Seorang pengguna Facebook, Wahab Shaari berkongsi 5 gambar samseng jalan raya yang cuba merosakkan kenderaan mangsa.
Berikut perkongsian info di bawah:
Samseng Jalanan. Hati² kepada pengguna jalan raya sekitar Bandar Puteri Puchong.
Seorang lelaki bermotosikal berbangsa Melayu berusia dalam lingkungan umur 30'an akan menghampiri kenderaan anda dan memaklumkan dari tingkap cermin sebelah kiri mengarahkan anda memberhentikan kenderaan anda ke tepi jalan.
Jika enggan, lelaki berkenaan akan berang dan memintas di hadapan kenderaan anda serta membuat brek kecemasan. Sudah pasti anda akan melanggarnya, maka perkara buruk akan bermula.
Malah, lelaki itu akan cuba membuka pintu kenderaan jika tidak berkunci atau cermin tidak ditutup.
Jika berlaku keadaan sebegini, jangan berhenti! Terus pandu ke Balai Polis yang berhampiran untuk buat aduan.
Kepada pemandu lelaki dia berani, apatah lagi pemandu wanita yang memang menjadi makanan mereka. Sekadar peringatan untuk kawan² dan keluarga sendiri. Semoga selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan