"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat MB Selangor - PASMEB

PETALING JAYA: “Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tiada seorang pun ADUN PKR di Selangor yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu. Berbanding ADUN PAS, tiga daripada empat EXCO mewakili PAS adalah anak Selangor,” jelas Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB).

Penaja PASMEB, Mazli Saring, berkata jika PKR berhasrat untuk terus menamakan calon daripada parti berkenaan, sewajarnya hanya calon yang lahir di Selangor saja dibenarkan menduduki jawatan itu.

Dakwanya, langkah meletakkan wakil PAS sebagai Menteri Besar baharu bukan satu isu besar jika Abdul Khalid terus didesak melepaskan jawatan asalkan individu itu adalah daripada kalangan yang amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

“Malah titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor tetapi diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor,” katanya.

Tiga EXCO PAS yang didakwa layak diberi jawatan Menteri Besar Selangor ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor; Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sallehin Mukhyi (ADUN Sabak). Selain itu beliau turut menyarankan supaya PKR, PAS dan DAP di Selangor menonjolkan 70 peratus calon daripada anak tempatan pada PRU-14 bagi mengelak berulang krisis kepemimpinan.

Tiada ulasan: