Zainuddin Maidin
Kenapa DAP begitu marah dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap beliau sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat (PR) apabila enggan menyerahkan jawatan MB Selangor kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail isteri Pemimpin Agung PR Anwar Ibrahim?
Jawapannya mudah saja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina. Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja. Orang Melayu tidak ada banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa.
Pengharapan adalah sama dari kalangan usahawan dan perniagaan Cina dari DAP terhadap kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim. Apa gunannya kuasa kalau tidak boleh dibahagikan rezeki antara ahli parti yang akan dapat membalas budi untuk meluaskan dan memperkuatkan parti.
Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam Umno dan pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan cukup memahami strategi ini. Parti Keadilan juga ada kroni dan DAP tentunya mempunyai penyokong parti yang mengharapkan peluang besar dalam perniagaan dan keusahawanan di negeri Selangor yang kaya raya.
Mereka mengharapkan segala "kemudahan" yang dinikmati selama ini oleh kroni Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan juga dirasakan oleh mereka tetapi Khalid Ibrahim seorang profesional yang sukar untuk dirasuah dan dipergunakan telah amat mengecewakan mereka.
Khalid tidak pandai bermain politik wang dan inilah juga yang menyebabkan beliau tidak popular ketika berada dalam Umno. Maka itu PAS yang mimpikan sebuah kerajaan yang bersih tidak faham kenapa Anwar mahu Khalid Ibrahim digantikan dengan isterinya sedangkan beliau yang paling lantang bercakap menentang rasuah, kroni dan sebagainya.
Selain dari itu Khalid juga berhati-hati dalam perkara yang menyentuh kesucian dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara, Sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis agama dan istitusi agama yang berkuasa dalam kerajaan negeri. Hal ini terserlah dalam masalah Bible, hudud dan lain- lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme Umno.
Inilah sebab utama Khalid dianggap tidak berguna oleh DAP dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim yang dikira mudah untuk dipergunakan bagi mengalirkan sumber kewangan negeri bagi kepentingan politik dengan menggunakan kepakaran suaminya yang telah dipelajarinya semasa dalam Umno dan BN. Malah Anwar Ibrahimlah yang merintis politik wang dalam Umno.
Jika BN melakukannya maka apakah salahnya PKR melakukannya tetapi tidak bagi Khalid Ibrahim yang tidak bijak bermain politik.
Khalid tidak seharusnya lagi dianggap sebagai loyalist kepada Anwar Ibrahim kerana beliau menjadi punca kepada hilangnya maruah dan penghormatan Anawar pada pandangan umum bila Khalid menampar mukanya dengan menolak isterinya Wan Azizah kepada taraf pembantu rumah PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan