Detikislam
Rifa terus memandang siling seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ayahnya memerhatikan Rifa yang tertarik dengan seekor cicak. Tiba-tiba dia bertanya. "Ayah, kenapa cicak diam diatas? Rifa boleh duduk diatas juga? "Tanya anak yang baru berusia 3 tahun itu.
Ayahnya tersenyum lalu menggendongnya sambil menjelaskan kenapa cicak boleh melekat di atas tanpa jatuh.
Cicak adalah sejenis haiwan reptilia. Ia mempunyai cakar, bertelur, berdarah sejuk (suhu tubuhnya bergantung pada suhu persekitaran), dan bersisik.
Yang menakjubkan dari makhluk ciptaan Allah ini adalah ia boleh melekat di siling atau di dinding tanpa jatuh. Kita juga mungkin tidak tahu kenapa cicak boleh melekat di dinding. Apakah pada kaki cicak terdapat gam yang melekatkan kakinya pada dinding?
Beberapa waktu yang lalu, rahsia alam ini berjaya didedahkan oleh sekumpulan penyelidik dari universiti California Barkeley. Dari pelbagai data yang berjaya dikumpulkan, mereka yakin kekuatan pelekat pada telapak kaki cicak disebabkan oleh tenaga van der Waals. Mereka mendapati sekitar 500 ribu bulu halus yang kuat pada tapak kaki cicak. Bulu halus ini mengandungi kompaun keratin yang juga terkandung pada rambut manusia. Bulu halus pada tapak kaki cicak ini mempunyai panjang yang berbeza-beza iaitu antara 30 hingga 130 mikrometer. Ketebalannya adalah satu persepuluh ketebalan rambut manusia.
Yang lebih menakjubkan lagi, hujung bulu halus ini masih mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbeza seperti bentuk mangkuk penghisap. Sekali cicak melangkah, ratusan ribu bulu halus berpenghisap melekat pada tempat ia berpijak dan menjadi penahan untuk cicak sehingga cicak tidak jatuh dalam kedudukan apa jua. Menakjubkan, ini adalah bukti bahawa Allah Maha Kuasa. Allah lah yang mencipta keunikan yang terdapat pada kaki cicak.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
........
http://detikislam.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan