"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahsia di Balik Pengunduran Diri Paus Benediktus XVI

Tranungkite
Dalam perbandingan agama, agama Kristian dan urusan Vatican, seorang penyelidik Arab Saudi, Pengarah Essam mendedahkan alasan pengunduran diri Paus Vatican yang menggegarkan komuniti Katolik di seluruh dunia. Pope Benedict XVI merupakan Paus pertama yang mengundurkan diri sejak 6 abad yang lalu.

Melalui akaun twitter tersingkap faktor pengunduran diri Pope Benedict ke 16 Dia berkata bahawa penyebab utama penguduran diri Paus adalah kerana kekacauan di gereja Vatican perihal Injil lama yang memuat nama Nabi Muhammad saw saat masih di Vatican.

Terdapat 3 orang dalam Vatican yang menyembunyikan keislamannya. Paus selalu berusaha mencari tahu mereka. Salah satu di antara mereka adalah penanggung jawab pembuatan surat pernyataan pengampunan dosa (dalam agama Katolik) dan ada salah satu yang mengumumkan keislamannya. Kesan diumumkan keislamannya adalah dia pindah ke Afrika Selatan. Di negaranya Ahmad Deedat. Syaikh Ahmad Deedatlah yang menjadi sebab keislamannya.

Beliau menegaskan dalam akaun twitternya bahawa sebenarnya pengunduran diri Pope Benedict XVI bukanlah kerana sakit. Kerana sebelumnya Paus John II usianya lebih tua dan penyakitnya lebih parah, namun ia tidak mengundurkan diri dari keuskupan gereja Vatican. Ini adalah argumentasi untuk menghadapi media.

Dia juga telah menentang Vatican yang telah mendustai kabar keislaman 35 uskup dan pendeta dari pembesar-pembesar Vatican. Kebanyakan mereka menyembunyikan keislamannya kerana kebimbangan terhadap keselamatan hidupnya, sebahagian kecil juga ada yang mengundurkan diri. Paus memilih diam selama 6 tahun. Vatican sampai saat ini masih belum mempunyai kekuatan untuk membantah kabar keislaman 35 uskup tadi. Maka Pope Benedict XVI pun mengundurkan diri.

Dia juga menambah Paus berusaha untuk menutupi keislaman mereka dengan melakukan hujatan terhadap Islam dan hinaan kartun Nabi Muhammad secara terang terangan pada tahun 2006 Namun usahanya justru menjadikan senjata untuk dirinya sendiri yang berujung pada pengunduran dirinya.

Dia mengisyaratkan bahawa dokumen-dokumen Vatican yang menyiasat surat pernyataan itu tidak seorang pun mengetahuinya sampai saat ini di tangan siapa surat itu berada. Akan tetapi seorang pemerhati mengatakan bahawa Paus menghilangkannya bersamaan dengan keluar dari pejabat tugasnya segera.

Dia juga menegaskan terdapat arkib-arkib pemberhentian Paus dan penangkapannya di beberapa negara yang dikunjungi kerana penglibatan beliau dalam menutup-nutupi kekerasan dan skandal seksual.

Penyelidik ini menutup dengan memotivasi para pendakwah dan ulama untuk melakukan aktiviti dakwah dengan istiqamah untuk mendakwahi orang-orang Katolik dari pengkultusan terhadap Paus dan uskup di bawahnya menuju penyembahan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. (sumber: مكافحة العلمانيه)

Follow us:dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Tiada ulasan: