"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat Israel doa pasangan pengantin Malaysia dapat bala

pengantin
KUALA LUMPUR: Berita mengenai pasangan pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara zionis itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day “.

Berita itu turut dikongsi di laman Facebook Israel ‘The Israel Project (Tip)’ yang mengundang rasa marah serta pelbagai respon negatif daripada penyokong Israel.

Ada diantaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata “semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan.”

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Sebelum itu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan tindakan simbolik iaitu pernyataan bahawa Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain meluahkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.

Tiada ulasan: