"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soalan maut dari Mat Sabu untuk ulama

Mengapa orang miskin cari Arul PSM, tak cari ulama, soal Mat Sabu
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Jun, 2015.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam.

Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

"Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah.

"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu.

Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu.

Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam.

"Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal keadilan sosial.

"Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sekitar 300 orang.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.

Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.

"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.

"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya.

Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama.
-malaysianinsider-p

Tiada ulasan: