"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pentas #Kita Lawan Di Bandar Tun Razak, Ramai penceramah Dari Pendengar? (Gambar)

Tranungkite
13 June 2015 - 9pm - Padang Bola, Flat Sri Labuan, Jalan Adil, Bandar Tun Razak - Pentas #KITALAWAN - bersama Naib Presiden PKR yang juga Setiausaha Agung PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi, Naib Presiden KeADILan merangkap Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, Ketua AMK Pusat YB Nik Nazmi, Ahli Parlimen Kapar YB Manivanan Gowin, ADUN Ijok YB Dr Idris, Ketua Penerangan PKR Sdr Syed Ibrahim dan Pengarah Komunikasi PKR Sdr Fahmi Fadzil.
Lihat dengan mata kepala sendiri gambar-gambar yang dimuat naik tentang sambutan dan suasana malam tadi .... Persoalannya kini yang berlegar diminda dan dalam kepala rakyat ialah ....

APA SUDAH JADI SEKARANG INI???

Apakah rakyat sudah mulai lupa akan nasib yang sedang dilalui dan menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim???? ... manakah menghilangnya para hulubalang dan pejuang PKR yang kalau bercakap cukup kencang sembangnya.

Amat sedih dan memilukan sekali jika senario ini benar-benar wujud malam tadi memandangkan yang datang menyampaikan ceramah bukan calang-calang orang. Rakyat sudah mulai bertanya ... betulke satu Anwar dipenjara ratusan ribu Anwar akan bangkit ....

kalau dilihat dan dinilai dari sambutan ceramah Kita Lawan di Bandar Tun Razak malam tadi, ianya lebih kepada suatu slogan dan laungan omong-omong kosong sahaja. .. gegarnya mampu meruntuhkan Gunung Kinabalu realitinya debu sedikit tidak lekat. Jelas ketiadaan tubuh Anwar diluar sambutan ceramah anjuran PKR cukup hambar, dingin, sunyi sepi, lemau dan tidak bermaya langsung ..

benarlah kata-kata para penganalisa politik negara .. tanpa Anwar PKR tidak kemana. PKR sepatutnya sudah mulai sedar akan senario ini ... perlu keluar dari terus mengharapkan aura Anwar semata-mata untuk terus bernafas dan nampak hebat dipersada politik negara.

Ambil iktibar dari keadaan yang runcing dan merunsingkan ini ... terima kenyataan dengan berlapang dada dan berdingin kepala bahawa keadaan ini jika tidak ditangani secara berhemah dan segera maka cita-cita untuk duduk di Putrajaya kekal berstatus angan-angan Mat Jenin sampa bila-bila. Hentikan perbalahan .. bina semula kekuatan ... rapatkan saf .. akui kesilapan ..

sambutlah ranting zaitun jika dihulurkan pesaing-pesaing parti semasa pemilihan lalu ... sebelum menyeru parti sekutu buang ego mereka, perlu tempikkan itu dimulai dirumah tangga sendiri terlebih dahulu .... sedar dan terimalah hakikat betapa PKR tidak sekuat mana tanpa Anwar menjadi pemacunya.

2 ulasan:

IrWrWs berkata...

Seluruh rakyat malaysia memang bersimpati pd nasib anwar. Tak kira yg islam atau yg bkn islam.. kebiasaannya utk sesuatu ceramah politik pr akan dihadiri oleh para aktivis parti2 komponen. Dlm kes di atas mungkin perasaan berbelah bagi antara mereka terutama penyokong tegar pas. Ini lantaran krisis yg berlaku dlm pas sbg salah satu parti komponen. Kalau penyokong pas tidak berminat utk hadir lantaran simpati juga pd presidennya. Bagaimana plk penyokong2 pasma (yg kononnya nak ganti pas dlm pr) dgn dap? Mana mereka lari? Apa plk kita nak kata pd penyokong pkr sendiri?

Unknown berkata...

Nak tunjuk heri sangat ! Aku lebih suka anuar pergi keTurki duduk ngan erdogan dan buat kerja dari sana. Kami rakyat , disini dah letih dan kami faham jika anuar pergi keTurki dan boleh menymbangkan buah fikiran pada erdogan dan morsi, lagipu nanti mereka dapat tiupan semangat sesama kengkawan.