"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perkosa budak, kelar leher, campak dalam api

PULUHAN ribu kanak-kanak dipaksa menjadi askar dalam perang saudara di Sudan Selatan. - Foto Child Rights Awareness Creation Organization
Juba (Sudan Selatan): Laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan anggota kumpulan bersenjata dalam perang saudara di Sudan Selatan melakukan jenayah kejam terhadap kanak-kanak, termasuk memotong kemaluan, merogol dan mengikat mangsa beramai-ramai sebelum mengelar leher mereka.

Ketua agensi kanak-kanak PBB, Anthony Lake, berkata maklumat menyatakan budak lelaki dipotong kemaluan sebelum dibiarkan mati manakala budak perempuan semuda lapan tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.

"Kanak-kanak diikat beramai-ramai dan leher mereka dikelar. Ada yang dicampak ke dalam bangunan yang sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan minggu ini.

Puluhan ribu terbunuh dalam perang 18 bulan itu. Sekurang-kurangnya 129 kanak-kanak dibunuh bulan lalu di negeri Unity, medan pertempuran paling sengit.

Perang saudara di negara itu bermula pada Disember 2013 apabila Presiden Salva Kiir menuduh bekas timbalannya, Riek Machar merancang rampasan kuasa.

“Keganasan terhadap kanak-kanak di Sudan Selatan sudah mencapai tahap baru kekejaman. Ribuan kanak-kanak diculik dan dipaksa menjadi askar,” katanya. - AFP
-hmetro-

Tiada ulasan: