"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Orang minyak’ rompak dan paksa doktor buat perkara pelik

PETALING JAYA: Seorang doktor lelaki bukan sahaja menjadi mangsa samun malah, turut dipaksa melakukan perkara pelik oleh orang minyak.

Kejadian berlaku di kawasan komersial di Taman Seri Pulai 3, Seremban kira-kira jam 2 pagi Khamis.

Sinchew Daily melaporkan, semasa kejadian doktor berkenaan baru saja pulang dari bertugas di sebuah klinik.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mangsa telah singgah sebentar di sebuah kedai serbaneka untuk membeli sos tomato dan air.

Selepas meninggalkan kedai, seorang lelaki orang minyak tiba-tiba muncul daripada kawasan belukar dan menghalangnya.

Selain mengenakan baju dan seluar hitam, tubuh orang itu turut disapu dengan minyak hitam.

Lelaki itu telah meminta mangsa turun dari kereta.

Selepas menyamun RM600 dari doktor berkenaan, orang minyak yang ternampak sos tomato dalam kereta itu tiba-tiba meminta mangsa menanggalkan baju dan mahu dia menumpahkan sos tomato ke arah sebuah kedai.

Orang minyak itu juga meminta mangsa untuk kencing di kedai itu, tetapi doktor yang bekerja di sebuah klinik di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban itu enggan menuruti arahan pelik tersebut.

Disebabkan geram kerana arahannya diingkari, orang minyak yang tengah marah bertindak menendang kereta mangsa.

Sebelum meninggalkan tempat kejadian, orang minyak itu memberitahu bahawa dia berdendam dengan peniaga di kawasan berkenaan selain meminta agar apa yang berlaku antara mereka berdua tidak dihebohkan.

Peniaga yang mana kedainya ditumpahkan sos tomato pula memberitahu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) gagal merakamkan muka orang minyak tetapi gelagat pelik doktor yang menumpahkan sos tomato telah dirakamkan.

Selain menyatakan bahawa dirinya tidak berdendam dengan sesiapa, peniaga itu juga percaya orang minyak telah mengesan CCTV di kedainya dan cuba mengelak imejnya dirakamkan.
-fmt-

Tiada ulasan: