KUALA LUMPUR: Perhimpunan bagi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan berhampiran Kompleks Sogo yang diadakan pada Sabtu menjadi huru-hara selepas dua wakil rakyat yang menyertai protes itu ditahan polis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dan Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing ditahan pada pukul 2.20 petang.
Dua wakil rakyat itu sebelum ini terlibat dalam perbincangan dengan pihak polis namun ditahan selepas mengarahkan orang ramai supaya bersurai.
Wakil rakyat berkenaan kemudiannya diiringi masuk trak polis beberapa minit selepas itu.
Tidak lama selepas tangkapan itu, kedengaran dua letupan yang kemudiannya mencetuskan beberapa siri tahanan penunjuk perasaan yang lain.
Letupan itu dipercayai adalah mercun.
Beberapa kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk Sogo bertindak menutup pintu premis mereka susulan kekecohan berkenaan.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan