FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas diselamatkan selepas tiga jam terjatuh dari jeti di kuala sungai di Kuching dalam kejadian pada Khamis.
Warga emas itu yang dipercayai berusia lingkungan 50an itu ditemui oleh anggota berbasikal Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
Anggota polis tersebut yang ketika itu sedang membuat rondaan curiga selepas terlihat selipar wanita berkenaan di jeti dan kemudian membuat pemeriksaan lanjut.
Wanita itu ditemui berpaut pada ponton di bawah jeti dalam keadaan lemah.
Warga emas itu dipercayai telah terjatuh dari jeti tersebut lebih tiga jam sebelum ditemui oleh anggota polis kira-kira jam 11 pagi.
Gambar wanita tersebut yang memakai baju-T warna merah dan berseluar panjang hitam dikongsi di media sosial tetapi tidak dinyatakan tempat kejadian.
Dia kemudiannya diberikan rawatan oleh pasukan perubatan Jabatan Pertahanan Awam sebelum mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan