"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aksi rempit undang padah (video)

FMT Reporters
rempit
PETALING JAYA: Gelagat salah seorang pengunggang motosikal ‘mencilok’ di lebuh raya yang sibuk tidak kekal lama.

Aksi ‘berani’ penunggang berkenaan dipercayai dirakam rakannya yang mengekorinya dari belakang.

Berdasarkan visual yang dimuat naik di Facebook Terengganu Times, ia memaparkan aksi suspen apabila penunggang berkenaan menunjukkan kemahirannya mengelusuri motosikalnya di celah-celah kenderaan lain.

Bagaimanapun, kemahirannya tidak berpanjangan selepas kenderaan yang ditunggangnya kemudian melanggar belakang sebuah kereta berwarna merah.

Dalam video berdurasi 1 minit 52 saat itu, ia menunjukkan aksi yang berlaku sebaik dentuman berlaku.

Nasib penunggang berkenaan tidak diketahui.

Dalam status yang dimuat naik, ia juga tidak memperincikan lokasi kejadian.
Add facebook App ID and Secret on admin to make this plugin work

Tiada ulasan: