"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Warga emas tertusuk jeriji besi di ketiak tembus ke bahu

warga-emas,jeriji
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas besi jeriji pagar rumahnya di Jalan Alor Setar, di sini, tertusuk bahagian bawah kanan tangannya.

Dalam kejadian 4.40 petang Ahad itu, mangsa, Ng Ah Eng, 68, dikatakan berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa kemudian tergelincir sebelum tertusuk besi geriji pagar.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong besi berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan besi berkenaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Tiada ulasan: