"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Aksi mengejutkan dua pelajar sekolah (Gambar&video)

FMT Reporters 
aksi pelajar
PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki yang dipercayai kekasihnya dengan berpakaian sekolah mengundang kritikan di media sosial.

Berdasarkan penelitian pada visual berkenaan, aksi kedua-dua pasangan itu dirakam di dalam kawasan sekolah dan disaksikan rakan-rakan mereka yang lain.

Tidak dinyatakan tarikh aksi itu dirakamkan dan lokasi sekolah terbabit namun, ia dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah.

Remaja perempuan itu pada mulanya dilihat berlari sebelum menerpa ke arah seorang pelajar lelaki dan berpelukan.

Aksi pada video berkenaan diakhiri dengan kedua-dua mereka kemudiannya bercumbu.