"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Seorang lelaki kelar leher sendiri selepas tikam isteri di Marang

Kelar leher sendiri selepas tikam isteri
Kelar leher sendiri selepas tikam isteri
Kelar leher sendiri selepas tikam isteri Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik di HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
MARANG: Seorang pekerja kontrak pembersihan nekad mengambil nyawanya sendiri dengan mengelar lehernya selepas menikam isterinya sejurus berlaku kekecohan di rumah sewa mereka di Gong Beris di sini, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Isteri mangsa terbabit, bagaimanapun terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan akibat ditikam suami sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah yang ditemui di lokasi kejadian bagaimanapun memaklumkan kejadian itu masih dalam siasatan pihaknya dan polis sudah menemui isteri mangsa di hospital.
“Mengikut siasatan awal kita, melalui keterangan isterinya yang berada di hospital, berlakunya kekecohan antara mereka (suami dan isteri). Suami ini berada dalam keadaan tidak tenang. Dia dalam keadaan tertekan pada masa itu.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 pagi , dia (suami) kejar isterinya. Dia ambil pisau dan tikam belakang isterinya. Kita belum tahu (hal sebenar) dan kejadian itu masih dalam siasatan, sama ada dia ditikam dalam atau luar rumah,” katanya.

Wan Abdul Aziz berkata, mangsa kemudiannya ditemui dalam keadaan tertiarap dan siasatan pihak polis juga mendapati terdapat dua kesan kelar dengan pisau di leher dan pisau yang digunakan turut berada di sebelah mangsa terbabit.

“Kita masih lagi menyiasat lagi motif mengapa berlakunya kejadian ini dan mengapa beliau bertindak menikam isterinya dan (kemudiannya) mengambil nyawanya sendiri.

“Kita masih siasat dan menunggu isterinya sedar untuk melihat apa masalah sebenar yang berlaku,” katanya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: