"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


'Polis bunuh tahanan dalam lokap mesti dibawa ke mahkamah'

Pergerakan hak asasi manusia, Suaram menuntut supaya anggota polis yang menurut Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) "membunuh" seorang lelaki yang dalam tahanan lokap dibawa ke muka pengadilan.

“Kami menyeru agar mereka (anggota polis) yang bertanggungjawab dalam kes ini dihadapkan ke mahkamah dan diambil tindakan sewajarnya.

“Pejabat Peguam Negara mesti bertindak segera untuk membawa keadilan kepada mereka yang dituduh menyebabkan kematian Syed Mohd Azlan, seperti yang dilaporkan oleh EAIC," kata Suaram dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

EAIC dalam siasatannya mendapati Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, 25, “dibunuh" oleh anggota polis, yang membelasahnya ketika dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Rengit, Johor, pada 3 Nov 2014.

Syed Mohd Azlan mengalami 61 kecederaan di muka, badan dan kaki, yang konsisten dengan "luka mempertahankan diri daripada serangan fizikal oleh anggota polis", kata laporan EAIC.

Suruhanjaya berkenaan juga menemui bukti bahawa pihak polis cuba ‘membersihkan’ tempat kejadian itu sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa Syed Mohd Azlan.

Pihak polis juga dilaporkan menghapuskan tikar getah dan permaidani yang dipercayai berlumuran dengan darah mangsa.

Menurut EAIC lagi, pihak polis juga menyembunyikan “saksi” yang melihat apa yang terjadi itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: