"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hospital UiTM: Ibrahim Ali nak ‘sekolahkan’ Rafizi

Khairil Ashraf
ibrahim-ali-rafiziKUALA LUMPUR : Datuk Ibrahim Ali sedia ‘sekolahkan’ Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bagaimana untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik dan tidak membuat tuduhan melulu.
Presiden Perkasa itu tidak puas hati kerana Rafizi menuduh beliau tidak membantah pembinaan kontroversi hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Rafizi dikatakan membuat tuduhan itu dalam satu ceramah di Perda, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Ibrahim berkata, tuduhan melulu oleh Rafizi itu telah memberi gambaran yang buruk terhadap dirinya.

“Dia (Rafizi) tak boleh buat tuduhan semberono sebab tak ada bukti lengkap.

“Kenapa tak berhubung dan tanya saya?Apa yang dia tuduh memang melampau,” katanya dalam sidang pada Khamis.

Rafizi mendakwa Ibrahim tidak membantah projek pembinaan hospital UiTM di Kampus Puncak Alam, Shah Alam yang dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.

Ibrahim berkata, sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, beliau hanya dimaklumkan mengenai pembinaan hospital itu.

“Saya tidak tahu bagaimana Rafizi boleh dapat angka dan maklumat berkenaan pembinaan Hospital UiTM itu kerana angka yang diberikan itu tidak benar.

“Projek tersebut diluluskan Unit Perancang Ekonomi (UPE). Ahli Lembaga Pengarah hanya dimaklumkan (berhubung pembinaan hospital UiTM) sahaja,” jelasnya.

Katanya, beliau tidak akan menyaman Rafizi tetapi mahu menasihatkan Ahli Parlimen Pandan itu supaya menjadi ahli politik Islam yang baik.
-fmt-

Tiada ulasan: