"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes kanak-kanak jadi mangsa eskalator (Gambar)

Kaki Budak Tersepit Di Eskalator Suria KLCC

Anggota bomba cuba mengeluarkan kaki budak lelaki yang tersepit di eskalator Suria KLCC, malam Ahad. Foto twitter @bombaJPBM
KUALA LUMPUR: Kaki seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersepit pada eskalator di pusat membeli-belah Suria KLCC, malam Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat KLCC, Che Shaari Abdullah berkata, kanak-kanak berkenaan berada pada eskalator bersama ibu bapanya di aras dua pusat membeli-belah itu apabila kaki kirinya tersepit di bahagian eskalator pada kira-kira pukul 7.40 malam.

Sepasukan anggota bomba digerakkan untuk membantu kanak-kanak berkenaan, dan mereka terpaksa untuk menggunakan peralatan bagi mengungkil tapak besi bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Menurut Che Shaari, anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki budak lelaki berkenaan kurang dari 10 minit.

"Dia (mangsa) memakai kasut. Tetapi anda boleh tersepit di ruang seperti itu sekiranya kaki anda terlalu kecil dan sekiranya anda tidak berhati-hati. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana kakinya cedera.

"Saya menasihatkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya berwaspada dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam bagi mengelakkan kemalangan seperti ini," kata Che Shaari.
-mstar-

Tiada ulasan: