"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

CCTV rakam cubaan ragut lelaki bermotosikal

PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman apabila anak perempuannya hampir menjadi mangsa ragut dua lelaki dalam kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya pada 31 Oktober lalu.

Menulis pada ruangan status di Facebook, Janice Lim menceritakan, semasa kejadian jam 8 malam itu, dia bersama anaknya baru sahaja pulang ke rumah dan meletakkan kenderaan di luar pintu pagar.

Katanya, sejurus keluar dari kereta, anaknya yang mahu membuka pintu pagar rumah sambil ditangannya memegang beg tangan telah didatangi seorang lelaki yang sebelum itu dilihat menaiki motosikal bersama seorang lagi rakannya.

“Lelaki itu telah menarik beg tangan anak saya tetapi dengan tenaga yang kuat pegangannya itu tidak terlepas.

“Melihatkan tindakan lelaki itu gagal, rakannya kemudian telah memberhentikan motosikal lalu menerpa ke arah anak saya dan turut melakukan perkara sama, namun tindakannya itu turut gagal,” katanya.

Jenice menambah, suaminya yang menyedari kejadian berkenaan telah menjerit dari dalam rumah membuatkan kedua-dua suspek melarikan diri.

Dia menjelaskan, tujuan video itu dimuat naik ke Facebooknya adalah bagi memberi peringatan kepada rakan-rakan di media sosial agar sentiasa berwaspada dalam setiap pergerakan.
-fmt-

Tiada ulasan: