"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mat Rempit Tinggalkan Mayat Rakan Maut Kemalangan, Bawa Lari Motor

mat rempit superman
IPOH: Tiga remaja termasuk dua pelajar berusia 18 dan 19 tahun maut apabila berlanggar sesama sendiri ketika berlumba di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Simpang Pulai, di sini semalam.

Mereka yang maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.20 pagi itu ialah pelajar kolej, Muhamad Nursyafiq Sham, 19, yang berasal dari Malim Nawar, Syed Muhammad Aiman Syed Hassandi, 18, dan Mohd. Azwandi Riffen, 26, berasal dari Sungai Siput.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superin­tenden Wan Jamil Wan Chik ber­kata, ketiga-tiga mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala.

Kata beliau, sebelum kejadian seorang saksi memberitahu ternampak lebih kurang 100 buah motosikal dipercayai mat rempit sedang berlumba dari arah Plaza Tol Ipoh Selatan berhampiran Ampang menghala ke Simpang Pulai-Gopeng kira-kira pukul 3 pagi.

“Pasukan kereta peronda polis pelbagai guna (MPV) yang pergi ke tempat kejadian turut ternampak berpuluh-puluh buah motosikal di kedua-dua arah lebuh raya.

“Namun, kumpulan mat rempit itu melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran polis di sana,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Wan Jamil, selepas ber­laku perlanggaran, rakan-rakan mangsa telah melarikan motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Pihak kami belum mengenal pasti jenis dan jumlah motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu me­lainkan kesan pecahan kaca di kedua-dua lorong menghala ke selatan.

“Tiada tangkapan yang dibuat setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga. – UTUSAN Malaysia / Grafik Malaysiakini
-malaysiastylo-

Tiada ulasan: