"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dah viral barulah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat zakat terhegeh-hegeh hulur bantuan

Akhirnya Farah Marcella dapat bantuan zakat

Setelah tular mengenai kejayaan pelajar miskin Farah Marcella Bandie memperoleh 6A dalam SPM, akhirnya Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) tampil menghulurkan bantuan.

Pengarah Bahagian Zakat MAIJ Azlan Abdullah berkata pihaknya telah memberi bantuan segera RM500 kepada penjaga Farah dan bantuan wang tunai itu akan diteruskan dari masa ke semasa.

“Jika rumah sewa telah diperoleh, kami akan segera membuat pembayaran DEPOSIT bagi membolehkan beliau mendiami rumah yang lebih selesa,” katanya.

MAIJ juga berjanji akan memberi bantuan pendidikan melalui Skim Bantuan Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi, jika berjaya ke menara gading.

Kesempitan hidup Farah sekeluarga tular di media sosial apabila dia, ibu dan empat lagi adik beradiknya terpaksa tinggal di stor pusat snuker tempat ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Johor.

Berikutan itu dua beradik, salah seorangnya guru Farah sendiri, berusaha mengumpulkan dana untuk membiayai pendidikan tinggi pelajar itu.

Pertemuan dengan KKM, pejabat parlimen

Suraya yang juga guru disiplin di SMK Seri Kota Puteri di Johor mengambilnya sebagai anak angkat kerana melihat potensi yang ada pada pelajar itu.
Setakat semalam RM8,000 dan seketul emas seberat lima gram telah berjaya dikutip, hasil sumbangan orang ramai.

Sementara itu, Azlan memberitahu Malaysiakini, pihaknya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat Parlimen Pasir Gudang telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai nasib pelajar dan keluarganya itu.

“Antara hasil keputusan ialah parlimen Pasir Gudang akan membantu mencari rumah sewa yang sesuai dan MAINJ akan membantu daripada sudut bayaran depositnya.

“JKM juga diberitakan akan bantu persekolahan bulanan anaknya (adik beradik Farah).

“Penyelarasan antara agensi akan dibuat dan sekiranya pendapatan penjaganya masih tidak cukup, MAIJ akan membantu bayaran sewa bulanan,” katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: