"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemaluan tersangkut ‘bearing’, bomba selamatkan lelaki sakit lebih 12 jam (Gambar)

FMT Reporters 
GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengalami kesakitan lebih 12 jam apabila kemaluannya tersangkut alat ‘bearing’ seperti cincin yang dipakainya sejak malam tadi.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di sini terpaksa membantu mangsa, berusia lingkungan 20-an, yang berada dalam keadaan separa sedar di hospital di sini dengan memotong ‘bearing’.

Mereka menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

“Selepas kami menerima panggilan khidmat khas untuk membantu memotong cincin (bearing) di kemaluan mangsa, kami bergegas ke hospital untuk memberi bantuan segera,” kata Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat, Mohd Asrul Naim Abidin.

“Difahamkan sebelum pihak bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin pada kemaluan mangsa tetapi gagal,” katanya dipetik Bernama.

Mohd Asrul Naim berkata, pihaknya mengambil kira-kira 10 minit untuk memotong ‘bearing’ itu sebelum ia berjaya ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

Difahamkan mangsa memakai bearing itu sejak pukul 8 malam tadi dan dipercayai ia dipakai ketika lelaki berkenaan hendak mengadakan hubungan seks dengan isterinya.
“Kami menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin itu,” kata beliau.

Mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan ‘bearing’ yang biasanya dipasang di kolam renang.

Tiada ulasan: