"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Nik Abduh kecundang di Pengkalan Chepa

Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dilaporkan kalah teruk dalam pemilihan pimpinan peringkat kawasan di Pengkalan Chepa hari ini. Pemilihan itu adalah untuk tempoh sehingga 2019.

Ketua Pemuda PAS itu tewas kepada Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin.

Dr Izani adalah penyandang jawatan berkenaan pada penggal lepas.

Menurut sumber, Dr Izani memperoleh 207 undi berbanding anak bekas menteri besar Kelantan itu yang hanya mengumpul 37 undi. Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan secara bebas.

PAS Pengkalan Chepa kini diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kawasan Pengkalan Chepa dilihat signifikan kerana ia dikenali sebagai satu daripada kubu terkuat PAS di Kelantan.

Kerusi kawasan parlimen itu pernah diwakili dua tokoh kanan PAS, iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad yang juga bapa kepada Mohd Amar.

Kemenangan itu disahkan Dr Izani kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan komen lanjut, sebaliknya menegaskan mereka perlu bekerjasama "untuk Islam".

"Maaf deh. No comment. (Kita) kena ppakat bekerja untuk lslam," katanya.

Sementara itu cubaan Malaysiakini mendapatkan komen daripada Nik Abduh belum berjaya setakat ini.

Sementara itu PAS Pengkalan Chepa menghantar senarai pemimpin yang dipilih perwakilan kawasan itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, pada senarai itu tidak disertakan jumlah undi yang diterima setiap calon.

Mereka termasuklah ADUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood, dan Senator Khairiah Mohamed.

Ahmad Fathan adalah wakil rakyat yang dipilih PAS mengisi kekosongan kerusi berkenaan selepas Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015.

Beliau memenangi pilihan raya kecil Chempaka yang diadakan pada 22 Mac 2015 dengan majoriti 10,092 undi.

Mesyuarat agung itu tadi diadakan di Dewan Haji Nik Abdullah Arsyad, Kompleks Purnama, Jalan Tok Guru dan dirasmikan oleh Mohd Amar sendiri, manakala proses pengundian dikendalikan PAS kawasan Tumpat.
-malaysiakini

Tiada ulasan: