"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pintu rundingan PAS-Bersatu sudah tutup, ahli mesti wala' pada pemimpin tertinggi - Naib Presiden PAS

Tutup pintu Pas-Bersatu: Ahli perlu akur pandangan pimpinan tertinggi
DALIA ISMAIL

Idris AhmadPas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan mesti diambil sebagai pandangan pemimpin tertinggi Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

“Presiden mesti sudah ada pendirian dalam kepimpinan dia selaku Presiden parti. Kalau tidak apa guna jadi Presiden.

“Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, nanti Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Titiwangsa kali ke 32 hari semalam.

Pada Sabtu di Cyberjaya presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan bahawa parti itu tidak lagi akan mengadakan sebarang rundingan dengan Bersatu di masa akan datang.

Sebelum ini Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan Pas menganggap partinya tidak ada lagi hubungan dengan Bersatu jika parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan.

Sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, Pas akan meneliti kembali rundingannya bersama Bersatu sekiranya parti baharu itu sah menyertai Pakatan Harapan.

“Saya rujuk kepada kenyataan Presiden. Kita kena pakai kenyataan Presiden. Tidak ada percanggahan.

“Sebagai prinsip kita apa yang dikeluarkan oleh presiden ada kelebihan, tidak perlu kita pertikaikan. Sebab keputusan muktamad adalah di tangan Pas Pusat,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi seperti dilapor Malaysiagazette.

Menurutnya lagi keputusan mengenai itu hanya akan ditentukan dalam mesyuarat bulan depan.

Dalam sidang media Selasa lalu, Bersatu secara rasmi mengumumkan bersetuju menyertai Pakatan Harapan dengan mencadangkan pengubahsuaian nama pakatan itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selain nama gabungan yang baru, Bersatu juga bersetuju dengan prinsip bahawa satu logo dan manifesto baharu perlu diwujudkan bagi menentang BN pada pilihan raya umum.

Tiada ulasan: