"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lagi kes bunuh diri secara 'live' di Facebook


Indra membunuh diri secara langsung. -Foto Everipedia.
JAGAKARSA - INDONESIA. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Indra mengambil keputusan untuk membunuh diri dan menyiarkan aksi itu secara langsung di Facebook pada Jumaat.

Difahamkan tindakan itu diambil Indra kerana kecewa dengan nasib hidupnya lapor media tempatan Indonesia.

"Cinta itu bukan dengan mulut, cinta kasih sayang itu akan kau dapat saat di mana orang yang mencintai, mengasihi, menyayangi mu sampai akhir hayatnya hanya untuk mu," tulis lelaki berasal dari Jagakarsa, Jakarta Selatan, di Facebooknya lapor Liputan 6.

Tulisan itu difahamkan ditujukan kepada isterinya.

Dalam pada itu menurut jurucakap polis, pihaknya kini masih melakukan siasatan berhubung motif Indra membunuh diri.

"Ada dua kemungkinan, pertama kerana sakit hati ditinggal isteri dan anak, dan kedua mahukan perhatian di media sosial kerana menayangkannya di Facebook," ujar Ketua Sub Bahagian Humas Polres Jakarta Selatan Kompol Purwanta.

Sementara itu jenazah Indra selamat dikebumikan di TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan.
-sinarharian

Tiada ulasan: