"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hubungan baik Umno Pas turut dirasai di DUN Kelantan

MALAYSIA DATELINE
Norzula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Yakub dan turut minta maaf, lapor Harakahdaily.
Norzula mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Yakub dan turut minta maaf, lapor Harakahdaily.

Hubungan baik antara Umno dan Pas mula terasa sehingga ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila permohonan maaf dan puji-pujian serta terima kasih berlaku.

Media rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan, Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah memohon maaf di atas segala kesalahan beliau kepada kerajaan negeri Kelantan sebelum ini.

Beliau juga merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kerana menziarahinya ketika terlantar sakit.

Katanya, beliau begitu terharu di atas kesudian pimpinan kerajaan negeri termasuk wakil-wakil rakyat datang menziarahi beliau.

“Terima kasih banyak di atas kesudian itu dan hari ini saya memohon banyak kemaafan di atas semua kesalahan saya,” katanya ketika membahas titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan Dun di Kota Bharu petang semalam.

Ucapan Nozula yang juga Ketua Pembangkang membuatkan sidang Dun gamat seketika, lapor Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau mempertikai kerajaan negeri tidak meletakkan nama projek kerajaan pusat pada program pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan PBT.

“Suka hati diaaa jeeeeee,” ujarnya sehingga membuatkan dewan menjadi riuh lagi.

Tiada ulasan: