"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dr Mahathir: Saya patut angkat Mat Sabu jadi PM

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memohon maaf kepada rakyat Malaysia, mengulangi rasa kesalnya kerana pernah menyokong pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” bekas perdana menteri itu berseloroh seperti dilaporkan Sinar Harian, merujuk Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu berkata beliau rasa “tertipu” dan berkata Najib tidak mewarisi sifat bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai ikon “bapa pembangunan” yang mempelopori rancangan Felda.

“Apa yang berlaku sekarang, saham Felda Global Venture (FGV) dah jatuh harga. Kononnya orang Felda akan jadi jutawan, sebaliknya hari ini peneroka tahu ia satu pembohongan,” katanya.

“Tidak sepatutnya Felda rugi sebab dunia tahu Malaysia sebuah negara yang dapat keuntungan besar dari industri kelapa sawit. Entah macam mana peneroka alami kerugian dan berdepan hutang yang besar.”
Najib dilantik perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Dr Mahathir bersara daripada Kabinet pada 2003, dan memilih Abdullah penggantinya. Bagaimanapun, Abdullah ditentang Dr Mahathir kerana dituduh menyebabkan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: