"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 perkara yang boleh dibawa balik dalam sidang parlimen semalam

HarapanDaily.com

BORHAN AHMAD

Apa yang kita boleh rakam dari sidang Parlimen petang 19 September ketika penggulungan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana banyak benda yang berlaku dan perlu direkodkan untuk kepentingan negara dan rakyat.

Berikut adalah antara perkara yang boleh direkodkan:

1. PM Anwar bertegas, beliau tidak akan memberikan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang selagi persefahaman antara kerajaan dan pembangkang tidak dicapai dalam menentukan syarat-syaratnya.

2. PM Anwar juga bertegas akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melarikan wang rakyat tanpa mengira kedudukan hartanya termasuk mempunyai bank-bank di luar negara. Bila, itu terserah kepada pihak penguatkuasa dan badan kehakiman, kata beliau.

3. Anwar bertegas tidak akan campur tangan dalam urusan kuasa Peguam Negara dalam membuat keputusan untuk pendakwaan dan menggugurkan sebarang kes.

4. MP Putrajaya buat pertama kali ‘koyak’ dalam sidang semalam selepas dituduh oleh PM Anwar bahawa beliau bersama kerajaan yang membuat kerja-kerja tidak betul sebelum ini. Ekoran itu, beliau koyak dan mendesak agar PM Anwar menarik balik dakwaan itu sehinggalah beliau dan rakan-rakannya keluar meninggalkan Dewan Rakyat.

5. Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Kabinet telah meluluskan cadangan asas untuk membuat reformasi terhadap Jabatan Peguam Negara termasuk memisahkan kuasa Peguam Negara antara menasihatkan kerajaan dengan membuat pendakwaan.

Tiada ulasan: