"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Padah bawa ular sawa ketika luncur ombak

AFP
PELUNCUR itu membawa ular sawa itu ketika dia melakukan aktiviti luncur ombak di Gold Coast.
PELUNCUR itu membawa ular sawa itu ketika dia melakukan aktiviti luncur ombak di Gold Coast.
Sydney: Pemuda dari Australia menyebabkan kekecohan selepas membawa bersama ular sawa peliharaannya ketika meluncur ombak di Gold Coast.

Kisah itu mendapat perhatian selepas video kejadian tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, pemuda berkenaan dilihat melilit ular berkenaan di lehernya.

Akibat perbuatan itu, lelaki terbabit didenda 2,322 dolar Australia (kira-kira RM7,011).

Menurut pihak berkuasa, pemuda terbabit dikenakan hukuman itu atas kesalahan tidak memiliki permit untuk membawa reptilia berkenaan di khalayak ramai.

"Untuk membawa haiwan keluar di khalayak ramai atau dipamerkan, ia memerlukan permit berasingan.

"Walaupun ular haiwan berdarah sejuk dan boleh berenang, reptilia itu lazimnya mengelak daripada terkena air.

"Haiwan itu mendapati air (laut) sangat sejuk, dan satu-satunya ular yang sepatutnya berada di lautan adalah ular laut," kata Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland, pada Isnin, dalam satu kenyataan.

Reptilia itu makan burung, cicak dan mamalia kecil.

Tiada ulasan: