"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gantung tugas MP Putrajaya, tindakan biadab Radzi Jidin tidak wajar dibiar

HarapanDaily.com

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said digesa memulakan segala usaha yang perlu bagi menggantung tugas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan tugas Raszi itu perlu dibuat sebagai pengajaran kepada semua Ahli Parlimen.

“Adalah amat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan gagal menghayati prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.

“Tindakan biadab Dr Radzi Jidin yang ditunjukkan kepada seluruh negara tidak wajar dibiar begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan)

Shamsul Iskandar juga memaklumkan Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

Menurutnya, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu juga enggan mematuhi arahan Yang di-Pertua Dewan Rakyat di dalam Parlimen sewaktu sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Tegasnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sudah pun mengikut segala prosedur yang diperuntukkan di dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kelmarin, Dewan Rakyat kecoh semasa sesi pergulungan KSP RMK12 apabila Mohd Radzi bangkit meminta mengarahkan Perdana Menteri menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Bekas Menteri Pendidikan itu kemudiannya diarahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat diarahkan keluar dewan kerana enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Ekoran itu, Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan sidang Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: