"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pemilik bengkel ditembak mati

FMT Reporters
Pasukan forensik polis memeriksa tempat kejadian seorang lelaki dipercayai ditembak mati di Kampung Hutan Kuin, Machang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pemilik bengkel dipercayai ditembak mati di depan sebuah kedai menjual alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang, Kelantan.

Utusan Malaysia melaporkan mangsa berusia 30-an itu ditemui mati di tempat duduk pemandu Mitsubishi Triton.

Saksi, Zulkarnain Abdullah berkata beliau terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut kira-kira 5.30 petang ketika berada dalam kedai runcitnya beberapa 

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.”

Katanya, orang awam terus menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim berkata beliau hanya tahu mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan isteri mangsa.

“Difahamkan, arwah datang ke sebuah premis untuk membeli alat ganti kerana dia memiliki bengkel kereta di Pasir Puteh.”

Tiada ulasan: