"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembaca berita wanita ‘kantoi’ bercinta

WAN SITI AMINAH

Seorang pembaca berita popular dilaporkan sedang ‘hangat’ menjalinkan hubungan songsang dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Menyita perhatian ramai, pembaca berita wanita daripada sebuah stesen televisyen tempatan itu juga cukup dikenali oleh masyarakat sebagai selebriti media sosial.

Difahamkan, pembaca berita berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki ‘tulen’ sebelum ini, namun malangnya jodohnya tidak panjang.

Wanita yang mempunyai rupa paras menawan itu kemudian membuat keputusan untuk bercerai dan membujang sebelum ‘tangkap cintan’ dengan pengkid tersebut.

Percintaan terlarang itu dipercayai mula ‘dihidu’ selepas pengkid berkenaan bertindak menghantar sejambak bunga ke ibu pejabat stesen televisyen tersebut.

Memetik laporan Utusan Malaysia, pengkid tersebut dikatakan bukan calang-calang orang malah mempunyai jawatan yang tinggi di sebuah syarikat swasta.

“Bukanlah orang nak tengok sangat, tapi kalau dah terpampang besar nama penerima dengan tulisan ayat-ayat manis berbaur cinta, mana tak terbuntang mata sesiapa yang ternampak bukan?

“Jadi, adakah penyampai berita itu kini sudah beralih arah kepada percintaan sejenis? Tak akanlah kerana kecewa dengan episod pahit rumah tangga lalu maka tergamak jadi begitu?

“Mengucap panjang. Tak tahulah pula jika penyampai berita ini pun saja nak main angin atau main-main cinta dengan si pengkid itu,” kata penulis.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada mana-mana pihak yang tampil menyangkal ataupun mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan pembaca berita tersebut.

Tiada ulasan: