"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas hilang keyakinan kepada Mahiaddin, lantik Mahathir

HarapanDaily.com

AKMAL MANAF

Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa ahli Bersatu menganggap Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai liabiliti sehingga membawa kepada pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kerajaan negeri tadbiran Perikatan Nasional.

“Itulah… orang dalam Bersatu sendiri pun sudah nampak bahawa Mahiaddin ini liabiliti. Begitu juga orang dalam Perikatan Nasional (PN).

Lokman menyoal ketidakhadiran Mahiaddin di dalam mesyuarat tersebut.

“Mereka sudah hilang rasa hormat kepada Mahiaddin. Kalau mereka itu masih menghormati Mahiaddin, mereka tidak boleh buat perjumpaan sulit tanpa bersama Mahiaddin.

“Haji Hadi (Awang, Presiden Pas) bukan Menteri Besar, kenapa dia nak menghadiri mesyuarat itu? Takiyuddin pun bukan Menteri Besar, dia Setiausaha Agung.

“Kenapa dia menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar bersama Mahathir? soalnya dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya, semalam.

Beliau memberi jawapan itu sebagai respons kepada persoalan terhadap usaha mengenepikan Mahiaddin dan pergolakan dalaman PN yang semakin ketara sehingga Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengumumkan hendak bertanding jawatan Presiden.

Hamzah ialah setiausaha parti Bersatu dan ketua pembangkang.

Lokman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut menyoal tentang ketidakhadiran Muhyiddin yang juga Pengerusi PN ke mesyuarat tersebut.

“Kalau Haji Hadi, Takiyuddin boleh datang, kenapa Muhyiddin tidak boleh datang? Jangan lupa, kerajaan-kerajaan Pas ini ada yang bertanding menggunakan lambang PN.

“Aku kalau jadi Muhyiddin, aku letak jawatan,” katanya secara sinis dalam video tersebut.

Khamis lalu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan kerajaan tadbiran Perikatan Nasional iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis telah membentuk blok kerjasama dan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat tidak rasmi.

Usaha tersebut bertujuan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi masing-masing dan memelihara kebajikan rakyat.

Tiada ulasan: