"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hilang cerdik bila terlalu emosi

HarapanDaily.com

LIYANA MARZUKI

Aristotle, 2,000 tahun dahulu, dalam buku The Art of Rhetroric, pernah menyebut:

“Semua orang boleh jadi marah, itu senang.

Tetapi untuk marah kepada orang yang tepat, pada masa yang tepat, dengan tujuan dan cara yang tepat, dan dengan amaun marah yang tepat, itu perkara sangat sukar dan tidak ramai dapat lakukan”.

Buku The Art of Rhetoric adalah buku ‘must have and must read’ untuk semua politikus newbie. Ia mengajar seni berpolitik.

Dalam konteks moden, Aristotle ajar bagaimana politikus nak amalkan Emotional Intelligence atau Cerdik Emosi.

Semalam, saya saksikan, seorang Politikus Otai menggunakan trick Aristotle di Parlimen. Dalam pada beliau sedang menjelaskan isu DNAA Timbalannya, beliau buat trick diversion.

Beliau buat-buat marah, orang yang gelakkan beliau. Walhal, berapa banyak kali dah sebelum ni, pihak lawan gelak dan mengeji. Kenapa semalam secara khusus, beliau point out YB seorang ni?

True enough, YB ni termakan umpan. Bangun penuh emosi, sampai hilang kawalan. Satu Malaysia saksikan. Seorang bekas Menteri seolah-olah meroyan.

Episod “Tarik Balik”, drag sampai 20 minit. Yang lain pun terikut sama, sampai buat stage out.

Apa jadi selepas itu? Politikus Otai tadi sambung dengan aman. Kurang soalan.

Obvious winner semalam si Otai yang hadam dan faham buku Aristotle.

Obvious loser, si YB tadi, yang orang hilang percaya. Kita saksikan dia hilang composure, hilang cerdiknya, bila terlalu emosi.

Bahaya kalau nak jadi Menteri. Bila bukan akal, emosi yang menguasai diri.

Parlimen ini seperti theatre. Banyak perkara kita boleh tafsir kalau kena cara dan gaya.

Tiada ulasan: