"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Elin ahli Muafakat Nasional?

HarapanDaily.com
Nik Elin ahli Muafakat Nasional?
SITI NUR ZAWANI 

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang memfailkan petisyen mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, mengesahkan dia merupakan ahli Muafakat Nasional selepas sijil keahlian milik wanita itu tersebar di sosial media.

Melihat tangkap layar sijil yang tular, jelas nama Nik Elin tertera di sijil tersebut bersekali dengan nombor keahliannya dalam Muafakat Nasional.

Sijil itu dilihat ditandatangani Tan Sri Annuar Musa selaku presiden MN ketika itu.

Tangkap layar sijil tular di sosial media

Turut tersebar foto memaparkan wanita itu bergambar dengan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Annuar Musa.

Nik Elin ketika dihubungi Harapan Daily menjelaskan, dia mendaftar sebagai ahli MN selepas dijemput sendiri oleh Annuar Musa.

“Ya (sijil itu benar). Annuar Musa jemput saya (jadi ahli).

Nik Elin sebelum ini menjelaskan fotonya bersama Takiyuddin diambil pada Mei tahun ini ketika Majlis Hari Raya Muafakat Nasional.

Susulan tersebar keratan sijil tersebut, timbul spekulasi mendakwa menteri undang-undang ketika pentadbiran PN iaitu Takiyuddin sengaja membenarkan petisyen Nik Elin supaya isu tersebut dapat dijadikan peluru untuk menembak musuh politik mereka di masa akan datang.

Ada juga yang mempersoal Nik Elin sebenarnya bersama dengan siapa. Bahkan timbul dakwaan mengatakan ada unsur sabotaj dari pembangkang untuk mencemarkan nama Kerajaan Perpaduan apabila menunggang kes ini.

Untuk rekod, petisyen Nik Elin supaya Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 – dibuat semasa pemerintahan PN pada tahun 2022.

Tetapi untuk memahami ringkas isu ini, Nik Elin sama sekali tidak mencabar undang-undang syariah.

Tetapi ianya adalah kes yang mencabar keabsahan pindaan 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan yang digubal pada 2019.

Ianya adalah kerana 20 pindaan tersebut bertindih dengan undang-undang Kanun Keseksaan di peringkat Persekutuan.

Ia juga berkaitan kompetensi DUN Kelantan dalam menggubal undang-undang.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat juga telah menafikan tanggapan bahawa Mahkamah Syariah akan terkubur berikutan petisyen dikemukakan wanita itu yang mencabar peruntukan undang-undang dalam enakmen tersebut.

Tiada ulasan: