"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu tebuk atap: Ketua Pemuda Pas disekolahan oleh Hasbie Muda

HarapanDaily.com
Penyokong bersorak Hasbie sekolahkan Ketua Pemuda Pas isu tebuk atap 
SITI NUR ZAWANI 

Ucapan debat Ketua Pemuda AMANAH, Senator Hasbie Muda semalam mendapat sorakan dari penyokong selepas membidas Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berhubung isu tebuk atap dan peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Menerusi debat ‘Berani Semuka’ anjuran Sinar Harian semalam, Afnan mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan peruntukan buat wakil rakyat pembangkang.

Menjawab soalan itu, Hasbie berkata ia disebabkan pembangkang sekarang ini lebih memilih untuk menjatuhkan kerajaan melalui tebuk atap, daripada berunding untuk mendapatkan peruntukan.

Hasbie pada masa sama berkata, kerajaan Pas memberikan peruntukan kepada dua wakil rakyat pembangkang di Kelantan disebabkan mereka tidak pernah cuba menjatuhkan kerajaan negeri melalui tebuk atap.

“Dan saya nak sebut kenapa kerajaan Pas boleh bagi peruntukan kepada pembangkang di negeri mereka?

“Sebab pembangkang di negeri mereka tidak ada usaha untuk nak tukar kerajaan secara tebuk atap,” katanya yang kemudian mendapat tepukan dari penyokong yang hadir.

“Itu beza dia. Dan saya nak sebut tuan-tuan, soal masalah ekonomi kita ini dia memang perlu komitmen daripada dua-dua pihak,” tambahnya lagi.

Beliau juga mengingatkan bahawa Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang hanya diberikan peruntukan selepas berunding dengan kerajaan dan menandatangani MoU untuk menyokong kerajaan di Parlimen.

“(Dulu), untuk beri peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang yang waktu itu diketuai oleh Anwar, kita memberikan jaminan untuk menyokong kerajaan pada waktu itu.

“Tetapi hari ini apa yang dibuat oleh parti pembangkang, ada ahli-ahli Parlimen mereka ini berdoa supaya kerajaan akan tumbang

“Kita nak menyelesaikan masalah rakyat tapi dia fikir nak tebuk atap, dia fikir nak tebuk pintu belakang dan sebagainya. Macam mana kita nak berjaya.

“Kalau soal peruntukan ini senang. Jumpa, runding, saya yakin hal itu akan selesai dalam masa yang singkat,” katanya.

Tiada ulasan: